Wednesday, 10 December 2014

The New Red Devil (Football Manager 2015)

Di sini saya akan menulis tentang perjalanan membimbing pasukan Manchester United bermula musim 2016 dan seterusnya menerusi Football Manager 2015. Dua musim telah berlalu dan setakat ini, kejayaan yang dicapai sangat memberangsangkan. Menjulang piala Capital One, EPL dan FA Cup pada musim 2014/2015, seterusnya mengekalkan kedudukan juara 3 piala selain menambah piala Community Shield dan UEFA Champions League di kabinet. 


Seperti biasa, musim perpindahan pemain bermula dan beberapa jual beli telah dilakukan bagi mengukuhkan struktur pasukan untuk memulakan saingan musim baru. Saya masih mengekalkan taktik 5-4-1 bagi musim 2016/2017 kerana ternyata taktik tersebut membuahkan hasil dan membuat saya gembira setiap kali akhir perlawanan. Berikut adalah screenshot dari perlawanan akhir piala Eropah UEFA menentang Barcelona.




Untuk musim 2016/2017, beberapa jual beli pemain telah dilakukan. Antara pemain yang telah dibeli, Jack Wilshere (Arsenal) berharga $60 juta, Memphis Depay (PSV) berharga $45 juta, pemain muda Youri Tielemans (Andelecht) berharga $38.5 juta, Will Hughes (Derby) berharga $17.25 juta, dan Gino Peruzzi (Sampdoria) berharga $10.5 juta menjadikan jumlahnya $170 juta untuk permulaan musim ini. Manakala Angel Di Maria dijual kepada Arsenal dengan nilai $50 juta dan Adnan Januzaj berpindah ke kelab Jerman, Leverkusen dengan nilai $48.5 juta. 



Senarai pemain skuad utama untuk saingan liga Inggris 2016/2017. 

No comments:

Post a Comment