Tuesday, 6 January 2015

Restart & Tactic Download

Aku terpaksa restart FM 2015 sebab masalah komputer tempoh hari maka, terpaksa bermula dari awal musim 2014/2015. Dalam save yang baru, aku masih pilih untuk mengemudi Manchester United tapi berbeza dengan save yang lepas. Kalau save yang lepas aku pilih untuk menggunakan kihdmat Juan Iturbe dan Memphis Depay, kali ini aku pilih untuk guna Everton Ribeiro, pemain muda dari Brazil yang sebelum ini bermain untuk kelab Cruzeiro, selain mendapatkan khidmat Paul Pogba untuk mengemudi jentera tengah. 

Stats Everton Ribeiro

Scout Report Everton Ribeiro

Musim 2014/2015 bermula dengan penjualan Ashley Young ke Tottenham Hotspur, Anderson ke Fulham, Darren Fletcher ke West Brom dan Jesse Lingard ke Wolves.

Selain senarai pemain yang berubah, taktik sama iaitu 4-3-3 dari save yang lepas masih digunakan dengan perubahan sedikit di bahagian Set Piece unttuk Attacking Corner. Setakat ini, taktik 4-3-3 nampak membuahkan hasil dengan 3 kemenangan besar di awal saingan Liga Inggris ke atas pasukan West Ham, Newcastle dan West Brom. Anda boleh muat-turun taktik di sini.


Taktik ini bertumpu kepada permainan short pass dengan mentaliti difokuskan kepada Control. Untuk memastikan taktik ini digunakan secara maksima dan berkesan sepenuhnya, aku galakkan guna pemain yang mempunyai First Touch, Passing, Decisions, Off The Ball, Team Work, dan Work Rate yang baik.


Sekian update kali ini!

P/s: Di awal musim 2014/2015, anda boleh mendapatkan khidmat Marco Reus dengan membayar Minimum Release Clause sebanyak 35 juta. Seorang pemain yang konsisten dan boleh bermain banyak posisi di bahagian serangan. 35 million is a good price for a top player like Reus. Mungkin setelah 2 atau 3 musim, anda boleh menjual Reus dengan harga jauh lebih tinggi dari 35 juta.

Sunday, 28 December 2014

Season Update (2016/2017)

Trofi Musim Liga Inggris 2016/2017 berakhir dengan rekod tanpa kalah sepanjang musim yang dijulang oleh Manchester United, yang turut memenangi Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah. Perlawanan akhir menyaksikan Manchester United menundukkan Arsenal dengan jaringan 2-0, gol disumbang oleh Phil Jones dan Robin Van Persie. Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan pertembungan sengit atara Bayern Munich dan Manchester United yang akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti yang memihak kepada Manchester United. 

Kedudukan Akhir Liga Inggris 2016/2017 

Perlawanan Akhir Piala FA 

Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah 

Ternyata di usia 34 tahun, RVP masih mengekalkan prestasi yang membanggakan dengan kejayaan menjadi penjaring terbanyak skuad MU dengan jumlah gol sebanyak 32 dan assist sebanyak 20. Selain RVP, Gabriel Barbosa turut merebut tumpuan dengan prestasi cemerlang meledakkan 24 gol dan 10 assist dalam saingan Liga Inggris. Turut mencuri tumpuan, Memphis Depay yang menjaringkan 20 gol dan 18 assist semenjak dibeli pada musim perpindahan Januari 2016. Musim 2016/2017 juga menyaksikan pemain veteran Manchester United, Michael Carrick membuat keputusan untuk bersara dari kesebelasan utama dan mengambil posisi sebagai jurulatih pasukan. Secara jujurnya, musim 2016/2017 bukanlah musim yang cemerlang untuk Michael Carrick kerana sering dilanda masalah kecederaan selain dibayangi oleh pemain muda seperti Gaston Gil Romero dan Lucas Romero.


Pra-musim 2017/2018 menyaksikan kemasukan beberapa pemain bintang seperti Mario Gotze (Bayern Munich), Paul Pogba (Juventus), Xavi (Barcelona), Timo Werner (Stuttgart), Eric Dier (Tottenham Hotspur) dan beberapa pemain muda, selain menyaksikan beberapa pemain skuad berpindah ke kelab baru; Ander Herrera ke Napoli, Gaston Gil Romero ke Dortmund, Daley Blind ke Barcelona, Wilfried Zaha ke Newcastle, dan Kristoffer Ajer ke Juventus. 


Berikut adalah skuad utama Manchester United yang akan menyandang tugas berat mempertahankan trofi kemenangan musim lepas. Formasi 4-3-3 masih digunakan, dengan posisi penyerang bertindak sebagai False Nine, dan Xavi menyandang tugas penting sebagai Regista yang menghubungkan bahagian pertahanan dan penyerang, selain sekali-sekala bertindak membuat kejutan dengan melancarkan hantaran yang boleh mengganggu benteng pertahanan lawan. Walaupun Xavi dibebani faktor usia yang lanjut namun stats yang dimiliki olehnya tetap baik. 





Pre-Season Tour 


Wednesday, 10 December 2014

The New Red Devil (Football Manager 2015)

Di sini saya akan menulis tentang perjalanan membimbing pasukan Manchester United bermula musim 2016 dan seterusnya menerusi Football Manager 2015. Dua musim telah berlalu dan setakat ini, kejayaan yang dicapai sangat memberangsangkan. Menjulang piala Capital One, EPL dan FA Cup pada musim 2014/2015, seterusnya mengekalkan kedudukan juara 3 piala selain menambah piala Community Shield dan UEFA Champions League di kabinet. 


Seperti biasa, musim perpindahan pemain bermula dan beberapa jual beli telah dilakukan bagi mengukuhkan struktur pasukan untuk memulakan saingan musim baru. Saya masih mengekalkan taktik 5-4-1 bagi musim 2016/2017 kerana ternyata taktik tersebut membuahkan hasil dan membuat saya gembira setiap kali akhir perlawanan. Berikut adalah screenshot dari perlawanan akhir piala Eropah UEFA menentang Barcelona.




Untuk musim 2016/2017, beberapa jual beli pemain telah dilakukan. Antara pemain yang telah dibeli, Jack Wilshere (Arsenal) berharga $60 juta, Memphis Depay (PSV) berharga $45 juta, pemain muda Youri Tielemans (Andelecht) berharga $38.5 juta, Will Hughes (Derby) berharga $17.25 juta, dan Gino Peruzzi (Sampdoria) berharga $10.5 juta menjadikan jumlahnya $170 juta untuk permulaan musim ini. Manakala Angel Di Maria dijual kepada Arsenal dengan nilai $50 juta dan Adnan Januzaj berpindah ke kelab Jerman, Leverkusen dengan nilai $48.5 juta. 



Senarai pemain skuad utama untuk saingan liga Inggris 2016/2017.